Saturday, September 10, 2011

AKU YANG FOBIA DGN KAWAN

aku ni jenis yang tak ramai kawan....kalu aku berkawan tu mmg aku akan jadi kawan bebetol....
tapi walau bagaimana baik pon aku dengan kawan aku...aku penah kena khianat dengan kawan aku sendiri...kawan sebilik tu masa kat sekolah teknik...dulu kalau dia tak faham apa-apa pasal akaun kew pasal math kew aku selalu tolong....yela kan kawan sebilik aku tu....


tapi masa dah ambik baik kawan aku tu bila dia membelakangi aku iaitu persahabatan kami untuk seorang lelaki tak guna...perasan bagus...talam dua muka.... nak dijadikan cerita la kan aku dan kawan aku ni nama dia kak aida....kak aida dan aku kenal seorang lelaki...lelaki pendek...tapi mulut manis gler....pada mulanya aku yang kenal terlebih dahulu dan aku dgn lelaki tak guna tu pon mcm ala-ala bercinta...pada aku la tentang perasaan aku..aku mmg menyukai dia sbb dia pandai berkata-kata kot...tgk muka geli jew..muka gatal gler....

tapi aku kira ada la hati cikit kat bdk bernama taufik muka talam dua muka tu....aku dan topek tu pon bercinta dan dok komen2 dalam friendster...dan dah takdir kak aida ni pon mcm dok tanya-tanya kat aku sama ada aku dan si topek huduh tu ada apa-apa ke tak kn...dan aku ni mmg jenis yang malu cikit nak mengaku kat kawan-kawan aku kalau aku bercinta ke apa kan...jadi aku kp la tak de pepe....rupanya si kak aida gatal tu dah pown msg topek huduh dalam friendster topek dan tanya samaada aku n topek tu ada pepe....maka topek yang gatal tu pon ckp la aku dan dia x de pepe...


maka mereka berdua makin rapat...sangat rapat sehinggakan melupai persahabatan dan percintaan yang ada dengan aku....topek semakin hari semakin melampau....dia sangat melampau...dia tinggalkan aku untuk si aida gatal tuh...padahal aku dah tanya betol2 tentang hubngan mereka....mereka berdua lupakan aku dan tentang betapa sakitnyer hati aku ni....
kak aida dengan megah telefon aku kata dia dah nak bertunang dgn topek tu..dan topek tu da datang rumah kak aida untuk kenal dengan mak dan ayah kak aida sedangkan masa tu si topek jahat tu masih lagi mempermainkan perasaan aku...dan saat tu mereka berdua hidup bahagia dengan kedukaan aku.....


dan aku di sini masih lagi menangis mengenangkan peristiwa tu....aku sangat sayangkan persahabatan tu antara aku dan si aida gatal tuh tapi si aida tu rela pilih elaki gatal talam dua muka tuh....

yeah mereka hidup bahagia sekarang...mereka da kawin myb bakal dapat anak da kot...tapi aku di sini masih merana....hati aku tak pernah pulih dari luka...teruk aku dipermainkan oleh lelaki....
sanggup mereka hidup atas tangisan aku....mereka lupa tentang aku...kak aida lupa tentang persahabatan kami setelah terpikat dengan janji manis jantan tak guna tu....


dan sebab itu lah aku begitu fobia dengan kawan aku dan kekasih aku yang rapat antara satu sama lain....sbb aku dah pernah terluka dan teruk dulu....hidup aku sengsara....mengenangkan org yang aku sayang membohongi aku dibelakang aku....bercinta senyap2 dibelakang aku....pedih rasanya....


kawan aku adalah semangat aku...
dan cinta aku adalah hidup aku...
kenapa kedua-duanya nak melukai aku...sedangkan aku tak pernah buat gitu....

bila aku tahu kekasih aku or ex aku rapat sgt dengan kawan aku..aku akan menjadi giler....boleh tak jangan buat aku gitu lagi...tolong lah....sakit yer hati aku....aku ni manusia biasa tak akan mudah nak melupai sesuatu cinta....tolonglah wahai kawan jangan sakiti aku dengan mengambil cinta aku...aku dah cukup terseksa dulu.....tlg lah....aku sayangkan kawan-kawan aku

No comments:

Post a Comment