Tuesday, August 23, 2011

AKU AMAT MERINDUINYA

RINDU???

pada siapa lagi akanku labuhkan perasaan rindu ini....

tapi aku sangat merinduinya....

aku sangat pasti tentang tu....

YA ALLAH...bantulah hamba mu ni...

Monday, August 22, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH!!!!!!!!!!

hehehe hari ini aku sangat happy....
hari ini dalam sejarah aku menyiapkan sehelai tudung...dan dibuat 70% oleh aku dan 30% lagi oleh ma aku la....hehehehe..

akhirnya aku berjaya membuktikan bahawasanya aku memang seorang anak kepada tukang jahit...hahahah....

hari ni aku jahit wane hitam....tgk lah 2 3 minggu lagi akan aku jahit wane lain2 plak...
hehe kepda kawan2 aku yang kenal kinah...haaa tudung yang macam dia pakai tu lah aku buat...
mmg best tau pakai...tak sangka sesuai dgn muka aku...ahaks...aku memang selama ni teliur bebenor dengan tudung yang kinah pakai tu...dan aakhirnya aku dapat jgk...heheheeh


ok lah...time 4 sleep...sweet dream syang ku tumo~~
salam pantai timorrrrrr!!!!!!

Sunday, August 21, 2011

AKU TERIMA NIKAHNYA....


Pada saat ini waktu ini aku masih lagi berada di dalam mood ~cinta~...jadi aku masih mahu berkongsi pasal cintaaa....ahaks...

Ramai diantara kita bercinta...aku pun pernah bercinta juga...seronok sebenarnya bercinta ni...yela ada seseorang ambil berat pasal kita (x tahu la ambik berat bebetul ke tak kn)...yelah sakit perut sikit terus msg.... 'awak saya sakit perut'... tak pown taip je msg 'syg'...huuu best jgk kn....tapi disebalik best tu ada jgk yang tak best...tak best bila da kena tinggal mcm aku ni...haru biru hidup ni...hehehe (tp da makin ok kot~~~).....

aku pernah baca dalam facebook 'bercouple itu haram'....page ni sangat-sangat baik...selalu mengingatkan kita tentang haramnya cinta yang tidak berniatkan untuk sebuah perkahwinan..

sebenarnya aku adalah seseorang yang tak cukup ilmu untuk bercakap tentang cinta atau haramnya bercouple sebab walaupun aku tahu tentang perkara tersebut tapi hati aku terus jgak meayan perasaan cinta ni...tapi apa yang aku pasti adalah..aku mencintai lelaki bila aku berniat untuk menjadi isterinya... aku bukan bercinta nak kikis duit dia ke...nak saje-saje memain ke...aku bercinta untuk masa depan aku....



tapi walau apa pun aku tulis kat sini ataupun aku memberikan beribu alasan kenapa aku bercouple hukumnya tetap sama....

'Sekali haram yang dikatakan dalam syara' maka selamanya haram. Hukum Islam tidak akan berubah disebabkan oleh perubahan waktu dan keadaan.~' - page bercouple itu haram...

maka aku tetap juga bersalah...

sebenarnyakan menyintai seseorang berlandaskan hukum Allah S.w.t adalah yang paling indah..habis tu kenapa kita tidak mengikutinya....sesungguhnya aku ini adalah manusia yang jahil...jahil tentang cinta...maka aku sentiasa berbuat salah....

aku membaca ayat ini dan telah diubah oleh aku dalam satu page dalam facebook.... dia kata...

Wanita bukanlah seperti barang yang boleh di“booking” atau di“cancel” sesuka hati, jika seseorang lelaki sudah mengetahui bahawa dirinya tidak mampu maka tak usahlah gatal untuk menjalinkan sebarang hubungan cinta atau memberi harapan yang dusta kepada seorang perempuan. Kerana itu adalah sebuah dosa yg mencemarkan kesucian seorang wanita.





Dan tahukah kamu wahai lelaki yang jahil bahawa tindakan “Approach” seseorang gadis, halal dilakukan bila niat dan azam sudah tekad untuk bernikah, bersedia dan mampu. Maka sudah jelas bahawa jika kamu tidak berniat untuk mengahwini seorang wanita itu maka kamu hendaklah menjauhinya jika kamu adalah seorang lelaki yang jujur....dan janganlah mempermainkan hati seorang perempuan kerana perempuan itu adalah manusia yang lemah...

haaa macamane wahai lelaki...adakah kamu menyedari hal ini...hahhhh....kamu adalah manusia yang kuat dan tugasmu adalah untuk mempertahankan dan menjaga wanita maka kenapa la kamu semua ni mahu menyakitinya..tidakkah ada perasaan belas kasihan???? ayooo lelaki yang jujur sudah makin pupus...

dan bagi lelaki yang jujur iaitu mewakili suami-suami diluar sana aku ucapkan syabas....kerana bukan mudah bagi seorang lelaki untuk melafazkan 'AKU TERIMA NIKAHNYA'....





salam pantai timur!!!!
jom masak or lebih betol jom tolong tgk ma masak...hehehehe
muahhh-muah

Wednesday, August 17, 2011

PADAMNYA SEBUAH CINTA



Aku baru putus cinta...rasanyanya hubungan kami x sampai setahun pun...kami dah beberapa kali putus..tapi cinta itu tetap ada dalam hati aku...maka aku tetap menyambung hubungan yang terputus tu...sehinggalah saat ini...aku dah tinggalkan sekali lagi....



aku masih ingat masa mula-mula dulu waktu pertama kali kena tinggal dengan dia...rasa macam nak meletup je...jiwa kacau gler...otak langsung tak dapat berfikir...air mata tak payah cakap lah..da macam air paip...nak meleleh je...menyampah pun ada bila fikir balik...tapi sedikit berbeza sekarang walaupun kesedihan tu tetap ada menyelubungi aku tapi rasanya sakitnya ditinggalkan dah makin berkurang....kenapa macam tu??? kenapa kesedihan tu makin berkurang???


jawapannya senang...aku dah cuba sedaya upaya aku untuk mempertahankan cinta tu...aku buang sikap kebudak-budakkan aku...aku jadi matang sikit...tak lagi ambil kisah haL-hal yang kecik...sentiasa bersabar....biasalah adat bercinta mesti la ada masa-masa kita kecewa sangat dengan pasangan kitakan....walaupun kami dah putus sekarang tapi aku lebih tenang...sebab aku tahu ada sebabnya Allah S.w.t ambik balik cinta tu...mungkin salahnya datang daripada aku....aku terlalu obses dengan cinta lelaki ini...hinggakan aku lalai dengan hubungan dengan Allah S.w.t....


mana tidaknya..hati aku hanya ada dia, fikiran aku hanya berkisar tentang dia...uishh itu sudah terlalu melampau untuk mencintai seorang lelaki....woooo adakah ini sudah zina hati??? hurmm aku rasa aku dah dapat jawapannya....ada baiknya hubungan tu putus....


Allah masih sangat sayang pada aku. Dia tak mahu aku setia pada orang yang salah iaitu bukan jodoh yang Allah da tetapkan untuk aku. Mungkin sekarang adalah waktu yang sesuai untuk perpisahan ni..mungkin aku da semakin mampu untuk menampung kekecewaan ini...aku da semakin matang kot~~~ uish dah tuakan tak kan la tak matang lagi...huhhhh...hehehehe


Aku selalu tanya kenapala aku selalu jumpa orang yang salah...sedangkan aku da cukup berhati-hati memilih pasangan aku...fikir punya fikir akhirnya dapat jawapan...
aku belum cukup baik.....dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik..... kan janji Allah menyatakan...perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya...mungkin juga lelaki tu terlalu baik untuk aku..maka dia tak sesuai dengan aku...


aku selalu berfikir kenapa lelaki-lelaki yang aku kenal cukup-cukup tidak menghargai aku...aku ditinggalkan dengan begitu kesihan...mereka yang jahat atau aku yang teruk...sebab tu aku kata aku yang belum cukup baik....aku belum cukup baik untuk menjadi pasangan kepada mana-mana lelaki....maka dengan itu akan belum jumpa jodoh aku..


aku patut bersyukur...Allah memberikan aku waktu dan ruang untuk melengkapkan diri menjadi yang lebih baik....bukan sahaja baik dalam cinta tapi baik dalam semua hal lah....hehehe maka aku pasrah..mungkin hati aku masih sedih mengigati semua perkara....tapi aku patut fikir ada baiknya semua perkara yang telah ditetapkan oleh Allah...akan ada hikmahnya nanti....


KEJARLAH CINTA ALLAH SEBELUM KAMU KEJAR CINTA MANUSIA...
CINTAILAH DIRI KAMU MELEBIHI CINTAMU PADA SEORANG LELAKI KERANA KELAK IA SANGAT-SANGAT MEMBANTU....


DARI PAgE BERCOUPLE ITU HARAM...sama-sama kita renungkan




wanita adalah PERHIASAN, disimpan dalam laci, kemudian dikunci, disimpan dalam almari, kemudian almari itu dikunci, dan almari itu ada didalam kamar, kemudian kamar itu dikunci, kamar itu berada didalam rumah, kemudian rumah itu pun dikunci, dan rumah itu ada pagarnya, kemudian pagar pun dikunci, dikunci, dikunci, dikunci, dan dikunci, dan pemilik kunci itu adalah SUAMInya kelak....

‎**********♥****♥****♥
***♥♥♥****♥****♥****♥
**♥***♥***♥****♥****♥
**♥***♥***♥****♥****♥
***♥♥♥****♥****♥****♥
*******♥**♥****♥****♥
********♥♥*♥♥♥******♥


Kadang-kala pilihan Allah S.w.t tidak seindah inginmu,
tapi itu pilihan Nya,
dan ingatlah tidak ada pilihan yang terbaik selain pilihan Nya kepada kamu...

MAKA BELAJARLAH REDHA...KERANA REDHA ITU INDAH...
BELAJARLAH UNTUK DIAM...KERANA DIAM ITU JUGA INDAH...

selamat berpuasa...moga semuanya akan menjadi semakin baik..dan sudah tentu dengan bantuan Allah S.w.t...
.

LOVE?





JIKA

jika seorang lelaki yang baik mencintai kamu,
pasti dia tak sabar untuk menjadikan kamu haknya,
iaitu dengan cara menikahi kamu,
salah satu cara untuk menjadikan hubungan cinta kamu halal,
disisi agama

namun

jika lelaki tersebut mencintai kamu tapi tidak berniat untuk menikahi kamu,
maka jalan yang terbaik adalah meninggalkan dia,
pasti dia akan lebih gembira,
tanpa kamu disisi.

jika lelaki yang kamu cintai adalah seorang yang egonya kuat,
dan selepas bertemu kamu egonya masih belum berkurang,
maka tinggalkanlah dia....

kerana

cintamu sudah gagal membuatkan dia berubah,
walaupun selama mana pun egonya akan melebihi cintanya padamu,
lelaki yang egonya melebihi kewarasannya,
pasti tidak akan membahagiakan kamu..


jika cintanya pada Allah S.w.t melebihi cintanya padamu,
maka teruskanlah bersamanya,

kerana

pasti dengan bantuan Allah S.w.t cinta kamu akan terus mekar.





Tuesday, August 16, 2011

IMPIAN DAN ANGAN-ANGAN


Setiap org ada impiankan...samalah mcm aku...impian aku bukanlah sesuatu yg sukar tuk di tunaikan...aku pernah berjanji dengan seseorg yang aku akan pergi bercuti bersama-samanya ke PULAU PERHENTIAN...huhuhu

Walaupun org yang berjanji dgn aku tu da x ingat ttg janji tu..tapi aku ingat...walaupun bukan pergi dgn dia, aku still leh g sndirikan...bawa family aku or dengan kwn2....aku sgt sukakan pantai, sukakan pulau...Nanti kat pulau perhentian tu boleh la
1)mandi manda,
2)lawat pulau2,
3)tgk terumbu karang,
4)meluncur papan air,
5)belayar,
6)memancing laut dalam
7)makan sedap2..
8)Snorkeling
fuhh x sabar yer nak umo 25 tahun...sbb nanti umur aku 25 thun baru nak g sane...mane tahu g honeymoon dgn suami..ahaks i like u...hurmm hahhaha

jom tgk gmbar tempat impan dan angan-anganku....













Lepas melawat PULAU PERHENTIAN, aku nak lawat pulau langkawi plak...g kat tasik dayang bunting....aku tgk kat t mcm cun jek...huhuhu


MOGA IMPIAN YG X SEBERAPA NI MENJADI KENYATAAN..HUHU JANJI TETAP JANJI....