Sunday, August 21, 2011

AKU TERIMA NIKAHNYA....


Pada saat ini waktu ini aku masih lagi berada di dalam mood ~cinta~...jadi aku masih mahu berkongsi pasal cintaaa....ahaks...

Ramai diantara kita bercinta...aku pun pernah bercinta juga...seronok sebenarnya bercinta ni...yela ada seseorang ambil berat pasal kita (x tahu la ambik berat bebetul ke tak kn)...yelah sakit perut sikit terus msg.... 'awak saya sakit perut'... tak pown taip je msg 'syg'...huuu best jgk kn....tapi disebalik best tu ada jgk yang tak best...tak best bila da kena tinggal mcm aku ni...haru biru hidup ni...hehehe (tp da makin ok kot~~~).....

aku pernah baca dalam facebook 'bercouple itu haram'....page ni sangat-sangat baik...selalu mengingatkan kita tentang haramnya cinta yang tidak berniatkan untuk sebuah perkahwinan..

sebenarnya aku adalah seseorang yang tak cukup ilmu untuk bercakap tentang cinta atau haramnya bercouple sebab walaupun aku tahu tentang perkara tersebut tapi hati aku terus jgak meayan perasaan cinta ni...tapi apa yang aku pasti adalah..aku mencintai lelaki bila aku berniat untuk menjadi isterinya... aku bukan bercinta nak kikis duit dia ke...nak saje-saje memain ke...aku bercinta untuk masa depan aku....



tapi walau apa pun aku tulis kat sini ataupun aku memberikan beribu alasan kenapa aku bercouple hukumnya tetap sama....

'Sekali haram yang dikatakan dalam syara' maka selamanya haram. Hukum Islam tidak akan berubah disebabkan oleh perubahan waktu dan keadaan.~' - page bercouple itu haram...

maka aku tetap juga bersalah...

sebenarnyakan menyintai seseorang berlandaskan hukum Allah S.w.t adalah yang paling indah..habis tu kenapa kita tidak mengikutinya....sesungguhnya aku ini adalah manusia yang jahil...jahil tentang cinta...maka aku sentiasa berbuat salah....

aku membaca ayat ini dan telah diubah oleh aku dalam satu page dalam facebook.... dia kata...

Wanita bukanlah seperti barang yang boleh di“booking” atau di“cancel” sesuka hati, jika seseorang lelaki sudah mengetahui bahawa dirinya tidak mampu maka tak usahlah gatal untuk menjalinkan sebarang hubungan cinta atau memberi harapan yang dusta kepada seorang perempuan. Kerana itu adalah sebuah dosa yg mencemarkan kesucian seorang wanita.





Dan tahukah kamu wahai lelaki yang jahil bahawa tindakan “Approach” seseorang gadis, halal dilakukan bila niat dan azam sudah tekad untuk bernikah, bersedia dan mampu. Maka sudah jelas bahawa jika kamu tidak berniat untuk mengahwini seorang wanita itu maka kamu hendaklah menjauhinya jika kamu adalah seorang lelaki yang jujur....dan janganlah mempermainkan hati seorang perempuan kerana perempuan itu adalah manusia yang lemah...

haaa macamane wahai lelaki...adakah kamu menyedari hal ini...hahhhh....kamu adalah manusia yang kuat dan tugasmu adalah untuk mempertahankan dan menjaga wanita maka kenapa la kamu semua ni mahu menyakitinya..tidakkah ada perasaan belas kasihan???? ayooo lelaki yang jujur sudah makin pupus...

dan bagi lelaki yang jujur iaitu mewakili suami-suami diluar sana aku ucapkan syabas....kerana bukan mudah bagi seorang lelaki untuk melafazkan 'AKU TERIMA NIKAHNYA'....





salam pantai timur!!!!
jom masak or lebih betol jom tolong tgk ma masak...hehehehe
muahhh-muah

No comments:

Post a Comment